Showing posts with label Puisi Cinta. Show all posts
Showing posts with label Puisi Cinta. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Resah Dipulau Seribu

Oleh Jeny Rambu Teba

Pulau seribu pura,
resahku tertinggal disana,
menjalar tapaki telaga,
terkepung dalam seribu potret jingga.

Resahku masih dijaga,
tertampung dalam keranda,
belum sempat terhitung jua,
dipulau seribu pura.

Bli yang ku jumpa,
di balik pura tua,
masih ku rasa getaran matanya,
mengelabui hingga ku terpana.

Berpadu pandang tak lama,
masih ku ingat juga rasa,
dalam hitungan depa,
membisu, kita tak berkata.

Sesaat penuh makna,
berdesir tak kunjung gema,
hanya nada hasrat belaka,
menitip resah di seribu pulau pura.

Musnah Istana Cinta

Oleh Khalifatal Khalidsahh Bin Sahhiran

Dengan bismillah ku membina taman istana,
Dihiasi dengan pelbagai jenis bunga,
Ramai pengunjung datang dan pergi,
Membawa rahmat dan juga rezeki.

Tetapi dengan setiap kemajuan,
Pasti ada pencerobohan,
Musnah semua bunga di taman,
Dikhianati oleh puteri idaman.

Inilah kisah seorang lelaki,
Yang hancur bukan sahaja di hati,
Tetapi rohani,
Dan juga jasmani.

Popular Post